01/03/2016

LAWATAN PENANDA ARAS KE SK TAPU DAN SK KUALA BERANG

22 Februari - Lawatan penanda aras telah berjaya dibuat ke dua buah sekolah cemerlang UPSR dan merupakan Sekolah Kluster Kecemeralngan (SKK) iaitu SK Tapu dan SK Kuala Berang yang terletak dalam daerah Hulu Terengganu. Perkongsian maklumat kecemerlangan dan penjanaan idea baharu adalah teras kepada lawatan ini. Walau pun masa lawatan ke setiap sekolah adalah singkat, namun banyak idea yang dapat digunakan dan disesuaikan bagi setiap sekolah. Lawatan ini disertai seramai 37 orang Guru Besar dan termasuk YDP MPSM Dungun yang turut serta.

Kunjungan ke SK Tapu...









Kunjungan ke SK Kuala Berang...













28/01/2016

MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI BAKAR BIN JUSOH, PPD DUNGUN

28 Januari - Majlis persaraan Tuan Haji Bakar bin Jusoh telah disambut dengan meriahnya oleh warga pendidik daerah Dungun yang terdiri daripada EXCO MPSMD dan MGBD. Sambutan bermula di Pejabat Pendidikan Daerah Dungun dengan Amanat PPD, Perasmian Galeri PPD Dungun dan persembahan pencak silat. Acara kemuncaknya ialah perarakan beliau dengan menaiki kereta kuda bermula dari PPD dan menuju ke Dataran Taman Poket, Arena Merdeka Dungun yang disambut sepanjang jalan oleh barisan pelajar sekolah dan seterusnya beliau menaiki kereta yang diiringi oleh pegawai-pegawai PPD, EXCO MPSMD dan MGBD ke rumah beliau. Sesungguhnya majlis sebegini merupakan majlis sambutan buat kali keduanya bagi tempoh masa selama 17 tahun. Majils Guru Besar Daerah Dungun mewakili semua Guru Besar merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas jasa baik serta bimbingan beliau, Tuan Haji Bakar bin Jusoh sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Dungun. Selamat Bersara, Tuan.